World Of Extrememan | Trisha Extrememan Group

Sunday, September 21, 2008

EMPAT TAHAP EREKSI (KOSMO - 22 SEPT 2008)

Zakar mempunyai antara arteri terkecil di dalam tubuh dan berisiko tersumbat lebih tinggi berbanding arteri jantung.

Hubungan kelamin yang berkualiti sangat penting. Ia turut memberi kesan kepada keyakinan diri dan perhubungan dengan orang di sekeliling secara keseluruhannya. Inilah yang dimaksudkan dengan kesihatan seksual.

Dan tahukah anda betapa kuat aspek ini mempengaruhi sesebuah perkahwinan hingga boleh mengakibatkan perceraian?

Penasihat Perubatan Pfizer Malaysia, Dr. Vicknesh Welluppillai, pernah menyatakan kira-kira separuh daripada 253 lelaki dan wanita yang ditemu ramah melalui telefon mengakui tidak berpuas hati dengan hubungan kelamin bersama pasangan masing-masing.

Satu tinjauan lain di San Diego, Amerika Syarikat mendapati terdapat pasangan, khususnya wanita, yang tidak seronok melakukan hubungan kelamin akibat rasa sakit, tidak mencapai klimaks dan kurang minat melakukannya.

“Masalah kurangnya minat terhadap hubungan kelamin adalah serius. Antara puncanya mungkin pengambilan ubat pencegah kehamilan yang melibatkan pemberhentian pengeluaran hormon testosteron yang penting untuk meningkatkan rangsangan dan fungsi seksual wanita.

“Wanita juga akan semakin cepat kehabisan tenaga. Satu lagi penyumbang kepada keadaan ini ialah pengambilan ubat antidepresi,” jelas Pengarah Perubatan Seksual San Diego (SDSM), Dr. Irwin Goldstein yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

GOLDSTEIN menganggap masalah kurangnya minat terhadap hubungan kelamin sebagai serius.

Goldstein, yang merupakan pakar pembedahan pintas vaskular mikro zakar menjelaskan kebanyakan masalah seksual wanita dapat diatasi dengan mempertingkatkan kualiti keupayaan seksual lelaki.

Sekolah Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Monash, Jabatan Sosial dan Perubatan Pencegahan Universiti Malaya, dan Jabatan Perubatan Universiti Malaya, telah menjalankan kajian bersama ke atas taburan kegagalan seksual lelaki mengikut umur.

Salah satu masalah utama mereka ialah mencapai klimaks terlalu awal terutamanya bagi lelaki berumur antara 30 hingga 39 tahun.

Satu lagi indikasi dalam kajian ini yang mendapat perhatian ialah tanda-tanda masalah kegagalan ereksi yang sudah kelihatan dalam kelompok berumur antara 20 hingga 29 tahun.

Malah ia menjadi semakin membimbangkan apabila kekerapannya mencapai kemuncak dalam kelompok lelaki berumur antara 50 hingga 59 tahun dengan meliputi sehingga 75 peratus daripada keseluruhan masalah seksual.

Namun sebesar manakah pula masalah kegagalan ereksi (ED) mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang?

SDSM membahagikan kesan ED kepada tiga iaitu kepuasan fizikal, kepuasan emosi dan kebahagiaan secara am. Lelaki yang menghidap masalah ini menunjukkan biarpun ia lebih banyak memberi kesan kepada kepuasan fizikal, ia turut mempengaruhi kebahagiaan mereka secara am dan kepuasan emosi pada kadar yang sama.

ED boleh diakibatkan oleh sama ada masalah psikologi atau biologi. Tekanan, kegelisahan, ketakutan, keadaan psikiatri, gangguan tidur, masalah keluarga dan perhubungan adalah antara sebahagian kecilnya.


Secara biologi, zakar mempunyai antara arteri terkecil di dalam tubuh dan berisiko tersumbat lebih tinggi berbanding arteri jantung. Keadaan tersumbat itu pula boleh diakibatkan oleh tabiat merokok, hipertensi, diabetes, obesiti dan dislipidemia.

Dan secara biologi juga, kajian ke atas ED menunjukkan selepas lima tahun, 11 peratus penghidap mengalami masalah kardiovaskular seperti serangan jantung.

“Sebenarnya, ED adalah simptom kepada masalah kesihatan yang lebih serius,” ujar Goldstein.

Pertanyaan berkenaan Extrememan samada mengenai produk atau pakej yang ditawarkan, berminat atau mahu menjadi AHLI EXTREMEMAN ,sila hubungi/sms atau klik SINI ;
1) TRISHA
013 634 8761 ( Primary )
email : mastereload_trisha@yahoo.com
ym : trisha_kyrill01
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=trisha

2) TIMOTHY
019 834 9018
email : ast3ric@yahoo.com
ym : ast3ric
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=tokey

3) YATI SALEM
012 617 8377
email : yati_salem@yahoo.com
ym: yati_salem
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=hayati

4) RAHMAN
013 228 5040
emel : rahman59@yahoo.com
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=manproton


5) FARAH
emel : harafff@yahoo.com
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=haraf


6) ROMZI
012 431 7478
emel : g_wany@yahoo.com.my
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=niagajaya


TAKLIMAT MINGGUAN PERCUMA UNTUK AGEN / BUKAN AGEN EXTREMEMAN.. BERMINAT UNTUK HADIRINYA ... HUBUNGI/SMS TRISHA SEKARANG di 013 634 8761

DAFTAR PERCUMA , KLIK SINI