AHAD METRO (15 JUN 2008)
Kira-kira 20 peratus penduduk negara ini berdepan simptom tekanan mental atau stres dan daripada jumlah itu, 11 peratus adalah orang dewasa manakala sembilan peratus kanak-kanak.
Hasil kajian Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan sebanyak 40 peratus orang dewasa mengalami gangguan tidur, manakala enam peratus pula ada niat membunuh diri akibat stres. Kebanyakan mereka berusia antara 16 hingga 24 tahun.
Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata usaha meningkatkan kesedaran mengenai stres dan cara menanganinya dilaksanakan Kementerian Kesihatan sejak 2000 melalui pelancaran Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan Promosi Kesihatan Mental.
“Stres berlaku apabila seseorang mempunyai tanggapan dia tiada kemampuan, sumber atau cara untuk memenuhi kehendak diri. Terlalu banyak stres atau yang berpanjangan akan memudaratkan kesihatan.
“Stres kronik menyumbang masalah kemurungan, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kemungkinan kanser. Kemurungan berpanjangan juga jika tidak dirawat boleh membawa kejadian bunuh diri, selain punca migrain, insomnia, ulser dan sakit belakang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Jom Tangani Stres peringkat kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Permaisuri, di sini, semalam.
Program itu memberi penekanan kepada membina kemahiran menangani stres. Sesi latihan dan bengkel dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah dengan tiga kumpulan sasaran iaitu murid, dewasa dan warga emas.
“Aspek pendidikan kesihatan, termasuk stres dan cara menanganinya, mesti diterapkan pada peringkat awal atau zaman persekolahan.
“Program seperti Prostar dan Doktor Muda antara program Kementerian Kesihatan di sekolah bagi memberi pengetahuan dan kesedaran untuk mengubah tingkah laku berkaitan kesihatan di kalangan warga sekolah.
“Ada murid darjah enam cuba membunuh diri kerana keputusan peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) tidak bagus.
“Jika baru di peringkat kanak-kanak tidak mampu berdepan stres, bagaimana hendak tangani stres apabila di sekolah menengah atau pada masa akan datang,” katanya.
Pertanyaan berkenaan Extrememan samada mengenai produk atau pakej yang ditawarkan, berminat atau mahu menjadi AHLI EXTREMEMAN ,sila hubungi/sms atau isi borang pendaftaran di blog ini atau di laman web www.extrememanworld.com;
1) TRISHA
013 634 8761 ( Primary )
email : mastereload_trisha@yahoo.com
ym :trisha_kyrill01
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=trisha
WAKIL NEGERI: KUALA LUMPUR/SELANGOR
2) TIMOTHY
019 834 9018
email : ast3ric@yahoo.com
ym : ast3ric
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=tokey
WAKIL NEGERI: SARAWAK
3) YATI SALEM
012 617 8377
email : yati_salem@yahoo.com
ym: yati_salem
http://www.extrememanworld.com/index.php?id=Hayati
WAKIL NEGERI: MELAKA
4) RAHMAN
013 228 5040
WAKIL NEGERI: SELANGOR/KUALA LUMPUR
TAKLIMAT MINGGUAN PERCUMA UNTUK AGEN / BUKAN AGEN EXTREMEMAN.. BERMINAT UNTUK HADIRINYA ... HUBUNGI/SMS TRISHA SEKARANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment